YA ALLAH YA TUHANKU,KURNIAKANLAH KAMI DARI SISIMU ZURIAT KETURUNAN YG SOLEH DAN SOLEHAH,SESUNGGUHNYA ENGKAULAH DZAT YG MAHA MENGABULKAN DOA..AAMIIN3X

Ahad, 23 Jun 2013

..malam nisfu syaaban...

Sekadar Perkongsian.
Malam ni, malam Nisfu Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.
“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
JOM, usaha utk perbaiki dan perbanyakkan amalan pd malam yg penuh barakah ini.
Moga permulaan hari ini sentiasa membawa kita kepada kebaikan hingga ke penghujungnya.. Insyaa All..aamiin3x

3 ulasan:

  1. Mama, terima ksh byk2 ye tlg ingatkan yg malam ni nisfu syaaban..mudah-mudahan kita sama2 dpt berusaha tuk perbaiki diri dan perbanyakkan amalan mulia..moga2 Allah SWT terima ibadah kita ye..ameen.

    BalasPadam
  2. sama2 ummi...tpi nampaknya mama tak dpatlah nak memperbnyak amalan mlm ni...sbab hri ni cd6 mama...heeemm..terasa rugi sgt2...

    BalasPadam
  3. mama, xper mama..Allah Maha Mengetahui niat kita kan..apakan daya dlm keadaan begini..namun walau sedikit cuma amalan yg dpt dibuat meskipun hanya mampu berzikir dan bersedekah..mudahan diterima dan besar di sisiNya hendaknya kan,insyaAllah...tapi lagi rugilah sebenarnya jika segala ibadat yg dibuat tidak langsung diterima oleh Allah..ya Allah betapa ruginya kita..astaghfirullahal'adzim.. ingatan utk diri sendiri juga ni :-(

    BalasPadam